Kelas Soft Skills - Menjawab Kuiz

24 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 23 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas soft skills iaitu menjawab kuiz kepada 11 orang kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-12 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:00 petang.

Dalam aktiviti ini, para peserta diberi dua kuiz bergambar, dimana mereka dikehendaki mencari objek tersembunyi. Terdapat sebanyak 20 objek tersembunyi di dalam sesebuah gambar. Para peserta muda kita digalakkan untuk berbincang bersama sambil menjawab kuiz tersebut.

Objektif pembelajaran ini diadakan bukan sahaja untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah, tetapi juga untuk mengasah daya peka mereka terhadap sesuatu yang tersembunyi. Kemampuan mereka untuk mengenalpasti sesuatu membantu mereka untuk menjadi lebih peka dan kreatif. Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu siberbuli dalam kalangan kanak-kanak agar mereka lebih memahami keburukan tindakan ini dalam pergaulan sosial mereka.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali